Koleksi@PPN Koleksi@PPN

 

 

KOLEKSI PERPUSTAKAAN PETA NEGARA

Perpustakaan Peta Negara (PPN) telah ditubuhkan pada tahun 1965 di bawah syarat Kertas Jemaah Menteri. PPN merupakan pusat penyimpanan bahan pemetaan yang diterbitkan oleh Direktorat Pemetaan Negara Malaysia (DPNM). Sebahagian besar bahan-bahan adalah dikelaskan sebagai terperingkat (terhad) terutamanya peta topografi dan fotoudara. Antara koleksi bahan perpustakaan adalah:-

Koleksi Peta Topografi

Koleksi ini merujuk kepada koleksi peta yang menunjukkan dengan seberapa boleh ciri-ciri semulajadi dan buatan serta relief dalam bentuk kontur dan aras selerak. Koleksi Bahan  ini terdiri dari:-

Koleksi Foto Udara

Koleksi ni merujuk kepada koleksi gambar foto udara yang dihasilkan daripada kawasan-kawasan yang terdapat di dalam peta topografi.

Koleksi Data Topografi Berdigit

Koleksi ni merujuk kepada koleksi peta yang menunjukkan dengan seberapa boleh ciri-ciri semulajadi dan buatan serta relief dalam bentuk kontur dan aras selerak yang dihasilkan dalam bentuk digital

KOLEKSI BAHAN MONOGRAF

Koleksi ini merupakan koleksi bahan-bahan buku  yang berkaitan dengan pelbagai bidang terutamanya bidang-bidang dalam pemetaan, kartografi dan geodesi.

KOLEKSI BAHAN PENERBITAN JUPEM

Koleksi perpustakaan yang terdiri daripada bahan-bahan yang diterbitkan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) atau diterbitkan oleh bahagian-bahagian di dalam JUPEM. Antara koleksi bahan ini adalah seperti Laporan Tahunan, Buletin GIS, Spesifikasi untuk susunan, lukisan dan reprodaksi, Persidangan Ketua Pengarah Ukur, Garis Panduan Amalan Kerja Ukur Kadaster, Pekeliling Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan dll.

KOLEKSI BAHAN NADIR PEMETAAN

Koleksi bahan perpustakaan yang ditakrifkan sebagai dari bahan terbitan lama yang diterbitkan sebelum tahun 1900. Takrif ini juga diterima pakai bagi  bahan yang amat sukar diperolehi ataupun sudah habis cetak dan tidak lagi didapati dalam pasaran.

Koleksi bahan perpustakaan ini terdiri daripada bahan-bahan berkaitan dengan pemetaan, kadaster dan geodesi yang mana ianya diperolehi daripada sumbangan individu tertentu.