Perkhidmatan Perkhidmatan

 

PERKHIDMATAN RUJUKAN PETA, FOTO UDARA DAN KOLEKSI PERPUSTAKAAN YANG LAIN

  1. Pihak perpustakaan bersedia memberi khidmat rujukan kepada pengguna yang ingin merujuk peta foto udara dan koleksi perpustakaan yang lain. Pihak perpustakaan akan memberi penerangan lanjut mahupun khidmat nasihat sekiranya ada pertanyaan daripada pengguna.

PERKHIDMATAN KAUNTER

Pinjaman bahan

  1. Antara bahan-bahan yang diberi pinjam ialah seperti buku, cakera padat, lembar susunan, bahan cetak dan sebagainya mengikut tempoh yang telah ditetapkan pada setiap bahan. Bahan yang diklasifikasikan sebagai bahan rujukan dilarang untuk dipinjam.
     
  2. Seksyen-seksyen di JUPEM yang ingin membuat peminjaman bahan-bahan pemetaan di perpustakaan seperti Bahan Cetak, Lembar Susunan, Foto udara dan Peta, hendaklah mengemukakan memo terlebih dahulu dengan menyatakan tujuan peminjaman bahan tersebut. Memo tersebut juga mestilah ditandatangani oleh Ketua Seksyen ataupun Juruukur yang diberi kuasa untuk menandatangani.
     
  3. Pengguna perpustakaan diingatkan supaya bertanggungjawab ke atas semua bahan yang dipinjam atas nama peminjam.

Pemulangan bahan

  1. Bahan-bahan Perpustakaan yang dipinjam hendaklah dipulangkan pada atau sebelum tarikh yang ditetapkan.
     
  2. Kakitangan yang gagal memulangkan bahan-bahan perpustakaan selepas tamat tempoh peminjaman, akan diambil tindakan sewajarnya.

Pembaharuan pinjaman bahan

  1. Pembaharuan pinjaman bahan-bahan perpustakaan hanya boleh dilakukan dengan menghubungi terus kepada Pustakawan atau Pembantu Perpustakaan di talian 03-26170939 iaitu sebelum tamat tempoh tarikh peminjaman yang ditetapkan.
     
  2. Bahan yang telah tamat tarikh pemulangan tidak dibenarkan diperbaharui. Sila dapatkan bantuan di kaunter untuk proses seterusnya.
     
  3. Tempoh pembaharuan bahan adalah bergantung kepada jenis bahan.
     
  4. Pembaharuan hanya dibenarkan sekali sahaja.

Tempahan bahan

  1. Pengguna boleh membuat tempahan bahan yang diperlukan melalui sistem perpustakaan www.library.jupem.gov.my ataupun menghubungi terus kepada Pustakawan atau Pembantu Perpustakaan di talian 03-26170939.
     
  2. Pengguna hanya boleh membuat tempahan bahan yang masih dalam peminjaman pengguna lain sahaja. Bahan yang terdapat di atas rak atau berstatus available semasa mengakses webOPAC, tidak memerlukan tempahan; ia boleh dibuat peminjaman secara terus.

Pinjaman antara perpustakaan/Inter Library Loan (ILL)

  1. Perkhidmatan ini lebih dikenali dengan Sistem Pembekalan Penerbitan (SPP). Jika kakitangan JUPEM ingin mendapatkan bahan daripada perpustakaan luar yang merupakan ahli SPP, sila maklumkan kepada Pustakawan ataupun Pembantu Perpustakaan.
     
  2. Bahan bercetak seperti buku yang dikategorikan sebagai Koleksi Terbuka (KT) sahaja boleh dipinjam.
     
  3. Pengguna perpustakaan (kakitangan JUPEM) yang menggunakan perkhidmatan ini diingatkan supaya memulangkan bahan-bahan yang dipinjam ke kaunter perpustakaan, JUPEM dua (2) hari sebelum tarikh pemulangan yang telah ditetapkan.

PERKHIDMATAN PERTANYAAN RUJUKAN

  1. Pengguna perpustakaan boleh mengemukakan pertanyaan yang berkaitan dengan bahan-bahan atau koleksi-koleksi PPN samada dengan cara datang sendiri ke perpustakaan atau melalui e-mail ataupun telefon.
     
  2. Pengguna juga boleh menyemak sendiri bahan-bahan atau koleksi-koleksi yang terdapat di perpustakaan dengan melayari laman web PPN iaitu www.library.jupem.gov.my kemudian klik pada WebOPAC. Pengguna boleh menaip judul buku/penerbit/subjek yang dikehendaki.

PERKHIDMATAN CAPAIAN INTERNET

  1. Perkhidmatan ini boleh digunakan oleh pengguna yang berkunjung ke perpustakaan.
     
  2. Perkhidmatan disediakan bagi memudahkan pencarian maklumat-maklumat yang diperlukan oleh pengguna.