Sejarah Penubuhan Sejarah Penubuhan

 

Sejarah Penubuhan

Perpustakaan Peta Negara (PPN) telah ditubuhkan pada tahun 1965 di bawah syarat Kertas Jemaah Menteri. PPN merupakan salah sebuah seksyen di bawah Bahagian Dasar dan Penyelarasan Pemetaan, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). PPN mempunyai enam (6) unit kecil iaitu Unit Foto udara, Unit Bahan Pemetaan, Unit Monograf/Terbitan Bersiri, Unit Sirkulasi/Rujukan, Unit Arkib dan Unit Pendokumentasian.

PPN merupakan pusat penyimpanan bahan pemetaan yang diterbitkan oleh Direktorat Pemetaan Negara Malaysia (DPNM). Sebahagian besar bahan-bahan adalah dikelaskan sebagai terperingkat (terhad) terutamanya peta topografi dan fotoudara.

Peta-peta rampaian dan tematik serta salinan-salinan peta diterima daripada seberang laut juga disimpan sebagai sebahagian daripada koleksi perpustakaan. Perpustakaan juga turut menyimpan peta-peta panduan jalan raya yang diterbitkan oleh agensi kerajaan dan awam.

OBJEKTIF

  1. Menjadi pusat rujukan bagi peta seluruh negara serta bahan-bahan berkaitan dengan disiplin ukur dan pemetaan.
  2. Memberi khidmat sokongan kepada jabatan melalui pembinaan koleksinya yang berkaitan dengan disiplin ukur dan pemetaan.

FUNGSI

PPN memainkan peranan yang penting dalam kerja-kerja penyelidikan peta serta menyelenggara kemudahan rujukan kepada bahan-bahan kerja pemetaan. Di samping itu, PPN juga menyelenggara buku-buku dan majalah-majalah dalam bidang ukur dan pemetaan untuk pinjaman dan juga rujukan.

  1. Mengumpul, merekod dan menyimpan peta-peta, foto udara dan bahan pemetaan yang diterima secara penyerahan daripada DPNM.
  2. Menyediakan perkhidmatan rujukan dan perujukan maklumat bahan pemetaan.
  3. Menyediakan khidmat sokongan kepada jabatan dengan menyediakan bahan rujukan dan maklumat dalam disiplin ukur dan pemetaan.